Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Laman Web Kolej Ketengah
Kolej Ketengah merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bernaung di bawah
Syarikat Ketengah Holding Sdn. Bhd (KHSB) iaitu syarikat anak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
(KETENGAH), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
Kolej Ketengah menawarkan program-program akademik 'HOME-GROWN' pada peringkat Sijil dan Diploma
dalam bidang Teknologi Maklumat, Aplikasi Multimedia dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Dengan
menjalinkan usahasama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) seperti dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) program pengajian peringkat Sarjana
Pentedbiran Perniagaan telah dijalankan. Manakala pada tahun 2018 beberapa program seperti Diploma
Perakaunan, Diploma Sumber Manusia dan Diploma Pemasaran akan dijalankan secara 'FRANCAIS' dengan
pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Kolej Ketengah juga menjalankan kerjasama dengan pihak luar dalam menawarkan Program Latihan
Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) selama 6 bulan dalam bidang Kimpalan 6G, Industri Safety Skills,
Pemasangan Paip & Fitter, Insulasi Paip Gas, Oil & Gas Scalfolding. Program ini mendapat penajaan
penuh daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Para Graduan yang tamat belajar hampir
90% mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.
Kolej Ketengah juga merupakan Pusat Latihan Berdaftar di bawah HRDF. Pelbagai Kursus Jangka Pendek
dijalankan seperti Sijil Bahasa Inggeris Komunikasi, Sijil Pengurusan Restoran, Sijil Teknologi
Maklumat, Sijil Jahitan Jubah, Baju Melayu dan langsir, Sijil Gunting Rambut, Sijil Pembaikian
Penghawa Dingin, Sijil Asas Solekan, Sijil Pemasangan Kamera Litar Tertutup dan lain-lain sijil
kemahiran. Penyertaan terbuka kepada semua kakitangan kerajaan, swasta dan orang awam.
Kolej Ketengah sangat komited dalam membantu pelajar luar bandar mendapatkan pendidikan sehingga ke
peringkat akademik yang tinggi dan persiapan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Kolej Ketengah
memberi jaminan bahawa program-program akademik memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Selamat datang diucapkan kepada ke semua pelajar Kolej Ketengah bagi kemasukan sesi Julai 2020.
Semoga semua pelajar berazam untuk menuntut ilmu dengan baik dan belajar dalam suasana pembelajaran
yang kondusif dan bersistematik. Sekalung penghargaan kepada warga kerja Kolej Ketengah yang telah
sama-sama mengembeling tenaga memajukan Kolej Ketengah ke tahap ini. InsyaAllah, Kolej ini akan terus
berkembang maju dan kita mampu menjadikan ia sebagai pusat pendidikan yang bernilai tinggi, berwadahkan
ilmu untuk keperluan demi kebaikan bersama.
Sekali lagi, saya menyeru agar semua warga Kolej Ketengah terus berganding bahu mempelopori
kecemerlangan berterusan dan menanam cita-cita unggul membina landasan untuk pelajar luar bandar
khususnya yang berada di wilayah Ketengah untuk mengapai impian mereka. Semoga Kolej Ketengah akan
menjadi sebuah IPTS yang hebat dan gemilang ke arah pembangunan insan kelas pertama.
DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN
Sekian, terima kasih.
Emisham bin Embong - Ketua Pegawai Eksekutif
25 Januari 2021